Followers

14 April 2011

** MangkOk HayOng ***

Eh eh eh ..knp tetiba cite pasal mangkok ni..ini la der sorang mangkok ni..mangkok tengkat ker mangkok jamban..dia ni memang ala2 mangkok r..pergghhhh hangin tOl la den hari ne...pe kejadah nak komplen 2 aku kat bOs...huhu...

Bos aku pun x der paper pun dia plak sebOk2..hahah..kalau aku kat tempat dia memang malu r...pastu muka tu letak jek kat dalam mangKok jamban pun ok gak..ader bau2 something kih kih.....


Kepada sape2 yang terbaca entri ni.....soooryy ri ni gune bahasa best sikit ...lain dari yang lain..wah wah wah

Muka dia Ala2 McM ni lA....

13 April 2011

*** Present Dari PAPA***

Bismillah

Entah mimpi apa papa semalam papa nak hadiahkan kamu buai ..
Anakku lagi...papa dengan kamu sangat2 lah pemurah..
dengan mama lagi la pemurah (x nk kalah ngn anak sendiri ) hahaha

Tersebutlah kesaaaaah, Suatu malam tu lepas hantar Tok Ma naik bas terus papa bawak kiter pusing2 KPB ..tempat yang aku terjah first2 mesti lah kedai Anakku...Pusing punyer pusing dalam kedai tu br la Papa bukak mulut...ish2 sajer2 jer tak faham2 mama punyer tektik ni...

Papa: Amoi sini ada buai ka?
Tokey: Ada2 ..u boleh angkat skalang..sklang tengah Offer ni..
Papa : Okey2 sy angkat
Tokey:Ok2 sklng saya ambil woooo.....

Tapi nak dipendekkan cerita , lepas mama pasang semua buai tu..
kamu boleh tak nak tidor kan Irfan2 bertuah punyer anak ..
dah 2 minggu benda tu tersadai kat penjuru bilik tak terusik pun..
Cian kat papa beli mahal2..
huhuhu Soryyy yek papa.....

Pas ni IRfan nak Stroller plak hahha...boleh jalan2 ngan mama nanti....

Ni la Buai Yang Tak berpengHuni...huhu

**1st Day Tanpa Tok Ma****

Bismillah.........

Hari sabtu ..Ma dah balik kampung kesian Ma sampai sakit2 urat jaga Irfan..Tapi dia tidak pernah merungut sama sekali....So lepas ni dan hari2 seterusnya terpaksa aku jaga Irfan sorang diri huhu ceday nyer..wawwawaw..risau jugak takut tak leh handle sowang2... Tapi aku percaya satu pepatah ne..hendak seribu daya .. tak hendak seribu dalih...cea waah

Hari Isnin .kami terbangun lambat dalam kol 6.45 cm tu r...aper yang papa buat- dia mandi siap2 pakai baju belikan mama nasi lemak n bla cm tu jek tinggal kan mama huhu....

Mama per lagi kelam kabut r..mne nk isi baju irfan...mne nk isi air panas lagi ..tukar pempers Irfan aduhhhh ..mama lom pakai baju lagi ni...mama letak Irfan kat bawah gosok baju dulu ..time tu Irfan melalak jangan kira r...aduh bis mama nak buat macam mana lagi....dah siap semua baru lah mama hantar Irfan umah Umi....barang2 ada dua satu tempat letak baju...satu lagi bakol letak air...so kalau mama nak angkt semua mustahil la...So nasib baik umi datang ambil Irfan...ringan sikit beban mama...


IRfan sebelum balik kG...Muka berseri2 dapat balik TRG huuhu

08 April 2011

** IRfan Ke-37 hari**

Bismillah
Dalam entri untuk saat ini, mama nak citer sikit pasal kamu yang berak2 sejak 2 3 hari ni..selepas kamu kene inject hari tu teros kamu berak2 minum susu pun makin kuat..Nyang cakap itu normal la sebab kamu dah beralih bulan tapi mama tetap risau takot2 kamu sakit perot...tapi kamu tak pernah pun meragam sakit perot...cuma time lapar kamu akan bangun untuk minum susu...pelik tol la mama dengan kamu ni...
.
Tapi apa pun..Syabas anak ku..kamu semakin semangat sekarang mungkin dah 3 kilo lebih tak sabar plak mama nak tunggu kamu chek up untuk bulan depan huhuh...nak tengok berapa berat kamu naik...badan kamu pun saat ini dah makin kuat..kamu pun dh pandai nak tegak2 kan kepala...mama time ni lom der kesempatan nak amik gambor kamu..tgOk la nnt balik nnt mama akan bt posing maut punyerrrr.......

07 April 2011

*** 1st Day Umah Baby sitter***

Bismillah
Hari ini adalah hari pertama Irfan ...mama hantar rumah babysitter..selama 20 hari Nyang yang jaga kamu...sebenarnya berat hati mama hendak tinggal kamu dengan orang lain..tapi apa kan daya..mama terpaksa sayang..demi menjamin kehidupan kite sehari2.

Peluang yang mama dapat ini ...mama akan gunakan dengan sebaik mungkin untuk mencari pendapatan bagi menolong papa juga...

Semalam kamu tidak boleh tidur entah kenapa ..mungkin sakit perot kot..pas tu asyik berak jek..cian kat anak mama sorang ni..mama datang keje tapi asyik ingat bantal kat umah jek..nauzubillah...ngantOk bangeeettt...sabor jer leee..

Tengah hari tadi kol 12.15 pg sempat lagi mama pecut JKM ke Maslee..katanyer ader Offer Drypers New born...pantang dengor ader Offer terus melatak jek nak beli...nak tunggu papa cuti entah bila pun tak tau la...nnt habis plak promosinyer...

Sekarang baru jek kol 2 ptg tapi....ingatan mama asyik kat umah jek..macam mana kamu kat umah babysitter...adOi..seram kalau nak fikir hal2 negatif ni...sO mama percaya jek kat babysitter...dia akan jaga kamu dengan baik..amin muudah2hannn...

Hari sabtu Nyang dah nak balik kampung Oppss dia singgah Kuala Lumpur dulu la..Rumah pak sedara kamu.ayah Min..yang baru jek dapat kunci umah baru dan dia juga baru beli kereta EZORA tuuu.....Rezeki anak2 katanyer....
alamak dah lari tajukkk ni haha....ah lantak lah ..setiap langkah mama..mama akan ceritakan pada kamu...biar kamu tahu kite bukan la orang senang..dan bukan juga orang susah tapi kiter adalah orang sederhana.......Sekiannnn

06 April 2011

**Saat BerteMu nGan Papa IrFan**

Bismillah

Entri kali ini mama nak ingat kembali saat2 bertemu dengan papa..mengimbau kembali zaman lampau tahun 2005 ..semester 5 time mama belajar di Politeknik Johor Bahru...Peristiwa ini mama dah ingat2 lupa so ini sebagai inisiatif jika Irfan besar kelak ..Irfan bOleh baca dan hayati perkembangan papa dan mama ..mesti iRfan nak tau jugak kan macam mana papa dan mama bertemu dulu....

Time mama kerja part time di sebuah restoran IsQi..sebagai pelayan..papa ader datang kat tempat kerja mama dan ingin menyambung silaturahim dengan mama dan memberikan no telefon kepada mama..tapi mama tidak berminat untuk itu semua...dalam kehidupan hari2 mama hanyalah kerja2 dan ingin habiskan belajar dengan cemerlang.

Mungkin jodoh mama dengan papa..mama ditemukan lagi dengan papa di sebuah kedai printing tempat kerja baru mama...bermula dari situ setiap hari papa datang menjenguk mama..dan selalu menghulurkan bantuan jika mama dalam kesusahan....

Ini lah cinta pandang pertama..hati mama dibutakan oleh cinta papa..sampai2 mama sanggup ber korban apa sahaja untuk papa... So .. tamat jer belajar ..kami terus berkahwin dan sekarang kami di anugerahkan seorang anak iaitu Ifran Naufal....
Sekian


Anak kesayangan ku...

** Makin Kuat Menyusu**

Hari ini Irfan dh masuk 2 bulan 3 hari.. alhamdulillah setakat ini mama tak ada apa2 masalah untuk melayan kerenah2 Irfan..semuanyer berjalan dengan lancar aminnnnn.... Tapi sejak dua tiga hari ni Irfan Banyak

betOl minum susu dari 2 oz kepada 3 oz...Syukur alhamdulillah.. dari 3 jam skrg setiap 2 jam sekali dia bangun minum susu... Time malam lagi r kuat dia minum..Bis siang dia tidur.. malam perlagi..berjaga je la..asyik ajak mama dia main jek...ngan papa pun mama x sempat nak main tau sayang.. .penat sangat ....huhuhu..

Ok lah next time mama citer lagi...muAhhh muah muah kt anak mama....

05 April 2011

21 Pesanan Mama Untuk Papa

Sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul. Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi? Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali. Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu.

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi! Semoga saya dan semua para suami semua berlapang dada dan dengan hati yang terbuka menerima permintaan dan pesanan isteri ini. Semoga saya dapat amal apa yang diperkatakan. InsyaAllah.

* Check up ~ 1 Month *

Bismillah

Semalam 4/4/2011 mama dan Nyang ma bawa irfan p Inject kt Klinik kesihatan Taman Air Biru, Kami gerak pukul 7.45 pagi sampai klinik dalam pukul 8.00 pagi. Ambil nombor ..pergggg baru pukul 8.00 nombor dah 66...kalau mama datang kol 9 entah dapat no berapa tak tau la...Nyang pegang Irfan dan mama memainkan peranan daftar kn Irfan kalau lengah2 nanti orang plak potong line..


Step 1 ~ Buat pendaftaran sabab Irfan 1st time datang klinik kerajaan..Time pendaftaran mama kene interview plak nagan Nurse kt situ ... (banyak songeh tOl r..) huhuu..

Step 2 ~ Dah siap daftar dia suruh mama p bilik 10. bukan nyer leh terus masuk pun kite kene letak buku Irfan dulu...nanti baru dia panggil..tunggu tak lama kemudian dia panggil nama Irfan..ngan sorang lagi ..sO dua2 org dia panggil kasi cepat sikit...cian yang lain lama menunggu..kat dalam bilik tu dia ada sediakan tempat baby salin baju sbb kat dalam bilik tu nanti Irfan kene timbang,ukur tinggi, ukur dada..dan sebagainya..So smua baju terpaksa mama bukak..cian anak mama kesejukan..tp anak mama sorwg yg kuat..tak der bunyi paper pun..so Berat Irfan untuk satu bulan ni adalah 2.9 kg sO dari 2.09 dah naik 900g..Alhamdulillah anak mama adalah jugak perubahan ..berat tuuu..dh settle smua kat dalam bilik tu..

step 3 ~ Dah timbang n ukur smuanyer selesai ..tiba lah time yang mama tunggu selama ini...Irfan kene Inject,,perghh mama palak yang takot..Irfan plak tidor jek..Time nak cucuk tu Nurse suruh kite kejutkan jgn kasi dia tidor...tengok Irfan dh bukak mata..Nurse per la terus cucuk peha anak kesayangan mama ni..alahai cianye..menjerit sekejap..terus mama bawak Irfan kuar...


So Ini lah pertama kali dalam Hidup mama bawak anak p klinik...Terima kasih tUhan telah memberi kesempatan pada kami merasai pengalaman ini semua..dah juga anugerah yang kau berikan kepada kami...amin...syukur Alhamdulillah...

01 April 2011

**Last Day ***Muzamir..***

Salam...
Hari ni Muzamir last dok umah kak Na (abg di) Kak Na dah dapat kerja sebagai Guard atau nama paling standart adalah "Security"di sebuah kilang kat Plentong..mama tak pasti kilang apa.

Gaji = RM 1200/sbulan -bayar 2 kali sebulan
TRansport = Ada

Tak berpeluang la..Irfan nak main2 ngan Muzamir..seorang budak yang baik dan hensem bOy..same ngan Irfan..Kesian ngan Muzamir lepas jek pantang 60 hari kak Na terus jaga Muzamir..tetiba dah besar terpaksa cari pengasuh lain kan leceh smua tu..

adoi jangan la terjadi terjadi pada Irfan..kesian nanti budak nak sesuaikan diri dengan tempat baru....tp aper pun syabas untuk Kak Na....cahok2 chayOk2....balik Rumah jadi Guard kat seluang 2 plak..huuhu


..Hecem Boy Mujamir...