Followers

09 April 2010

~ LapOran Polis-aku kene tipu ~

Pada 07/04/10 jam lebih kurang 1330 hrs semasa saya berada Depan Bank CIMB, Jalan suria 7, bandar seri Alam, Masai Johor saya telah ditegur oleh 1 p/india dikenali dengan suhaila. Dia minta saya membuka 1 sampul surat yang dikatakan mengandungi hadiah. apabila saya membuka sampul surat tersebut saya mendapat kertas warna grey. dikertas warna grey tersebut menyatakan saya telah memenangi memenangi hadiah berupa home theather, alat penapis air dan juga dapur elektrik.


kemudian suhaila meminta saya pergi ke pejabatnya untuk mengambil barang tersebut. apabila saya sampai di pejabatnya di Permas Jaya Johor dan telah ditemukan dengan ms Ng. ms Ng telah memberitahu akan memenangi hadiah lain pula yang punya 10 pilihan hadiah dan meminta saya menyediakan wang RM4000/-, tetapi saya katakan tiada wang sebanyak itu dan hanya ada RM1500/- sahaja. ms Ng katakan tidak mengapa. beliau juga melarang saya menghubungi suami saya. apabila kertas yang saya dapat tadi, tersebut di 'scan' sy dapati bukan kereta atau wang tunai seperti yang dijanjikan sebelum ini, tetapi barangan jenis kesihatan pilihan ke 6. dan tidak diberikan kepada saya kerana saya perlu menjelaskan lagi RM2500 baru sy boleh barang ambil tersebut.


Saya minta balik wang saya tapi kata ms Ng dia akan jual barang tersebut dan wang hasil jualan barang itu akan diberikan semula kepada saya. tanpa sebarang diberikan sebarang dokumen jaminan. waktu itu wang RM1500/- telah diambil oleh Ms Ng. dia juga melarang saya membuat apa-apa tindakan kerana saya kerana saya sudah membuat perjanjian dengan beliau. tujuan saya membuat laporan ini adalah kerana saya berasa telah ditipu dan untuk siasatan pihak polis. sekian laporan saya .

2 comments:

Unknown said...

ini kah kes nya tu.. bagus lah dah report polis..
dah byk juga terjadi pada kawan2.. memang report polis jer.. mana leh buat stil gores & menang, walaupun skrg tak buat stail gores..

semoga masalah ni dpt diselesaikan

Abby said...

kes ni mmg x kan leh selesai..tp saya nk ingtkan smua kekawang supaya berhati2 dengan tipu helah orang yang ingin mengaut keuntungan cara mudah...