Followers

16 March 2010

~ Pendam Berahi ~



Kali ini Aby ingin tampilkan satu artikel dari Mingguan Wanita Oleh:Dr Haji Juanda Bin Haji Jaya iaitu perunding undang-indang keluarga islam. Untuk tatapan kiter semua. Aby tertarik sangat dengan tajuk ni sebabnya zaman sekarang semakin berleluasa cinta-cinton kat tempat kerja. Mula-mula berteman tapi akhirnya mesra..

Mula-mula sentuhan hati, kemudian sentuhan kulit, akhirnya jasad terjadilah penzinaan. Benda inilah paling abi takuti... So apakah jalan-jalan ke arah zina itu supaya suami orang dan isteri orang boleh menjauhinya:..Antaranya adalah

Pakaian
Pakaian merupakan satu tarikan yang merangsangkan berahi. Hanya orang yang bodoh yang menyatakan pakaian tiada kaitan langsung dengan jiwa dan nafsu seseorang manusia. Sesungguhnya pakaian menunjukkan maruah seseorang.

Pandangan
Dari mata turun kehati. Jaga panahan syaitan jangan sampai tembus ke jantung hati anda. Tunduk bukan bererti mata lihat ke bawah saja, tapi pandangan tanpa syawat dan jika datang berahi cepat lari dari sesuatu yang dipandang.

Perhiasan
Gaya berhias boleh memikat sesiapa yang bersama anda. Jangan berlebihan bagai hendak menarik perhatian kepada bukan pasangan anda.

Perkataan
Yang manis, halus, lembut, berinti pujuk rayu hanya milik suami anda seorang. Bukan untuk lelaki lain.... Ini jenis mengada2 dh gatal bebenor la tue..

Wangian
Sekadar menghilangkan bau badan, jika berlebihan seseorang isteri diancam takkan mencium syurga... ini x mcam dh bukak kilang minyak wangi daaaa…

Jika lelaki dan wanita boleh mengelak dari lima jalan syaitan ini, takkan mungkin mereka terbabit dalam kekejian perzinaan.......amin.....

Kepada anda yang membaca n3 ini sila kasi komen k......Skian Trima Kacih....

No comments: